A NOTE FROM INDONESIA(Sumatera Utara)
by:Shazwani Aiza Mohd Tahar
salam ukhuwah,
saya aiza. HEE. hai kawan-kawan. hai semua orang.hai hai. saya kan, sebenarnya tak pandai sangatlah nak bercerita. apatah lagi bergossip mesra. saya hanya pandai mendengar.tapi, tapi, tapi, saya nak cerita jugak. rempah ratus hidup saya kat bumi orang ni. eh, mana boleh kata bumi orang, ni bumi saya juga. bumi adalah milik semua. silent please. maaf, saya memang begini. kalau bab menulis belog ni, isi penting kurang. merapu lebih. tak apa. why should go straight, if ada jalan bengkang bengkok kan? allrite, perhaps, kamu semua mesti rasa annoy sebab im such annoying writing here gaya begini kan?. stop aiza stop! okey aiza stop.
mari sambung cerita balik.cerita apa? cerita pasal aiza.
saya aiza. okey, kan dah beritahu tadi. saya kini di bumi Indonesia. tak perlulah cari di peta dunia kat mana Indonesia. pasti semua tahu dimana.lagi-lagi mana-mana yang kaki sinetron tu, saya pasti, kamu lagi hebat berbahasa Indonesia dari saya.keren gitu loh! (cool gila korang) saya dah hampir dua tahun "stuck" kat sini. saya belajar di Fakultas Kedokteran,Universitas Sumatera Utara (USU), kalau slang English sikit, Faculty Of Medicine, North Sumatera University.ah, jengkel kali lah kalau in English. kat sini, medium bahasa yang utama adalah Bahasa Indonesia. unfortunately, semua kegiatan akademik tu pun dalam Bahasa Indonesia. mesti korang rasa seperti best gila kan kalau semua dalam Bahasa Indonesia. gampang gitu loh. pastinya korang sangat salah okey. ketahuilah, belajar dalam Bahasa Indonesia sangat susah. kekok kau nak berloghat sana. sekali keluar perkataan bahasa melayu, semua pandang slek. for your infomation, style orang sini macam orang jepun, mengagungkan jiwa bangsa negara sendiri. english, pada diorang tak penting. kau bayangkan jelah, tengok spongebob squarepants pun dalam bahasa indonesia. memang menjengkelkan. nah kau tajuk spongebob squarepants diorang, "Spongebob Celana Petak".comel kan?
medicine, tak perlu diperjelaskan. semua orang tahu bidang ni memang payah. entah kenapa. kadang-kadang rasa salah pula meng-kaki-kan diri dalam bidang ini.tapi demi cita-cita zaman kecik-kecik dulu kan, nak rawat patient handsome-handsome saja (eceh, nak jadi pakar sakit tuan kah kau aiza?), harung jugalah saya dalam bidang ni. dah. tamau cerita pasal medicine. macam poyo gila. seriously, bidang ni tak best. sebab takleh ngurat orang. apa kene mengenanya? okey, saya cerita tentang hidup disini okey. kat Medan ini, taklah best sangat taklah tak best sangat. suam-suam kuku. kalau tak kerana pihak penaja hantar kesini, saya tak kemari kot untuk bermastautin disini. kalau kalian baca blog saya, (masih sempat nak promote tu) mesti korang rasa menjengkelkan juga sebab hari-hari cerita "homesick". ya, disini saya sangat homesick. kawan-kawan lain pun lebih kurang je. sebab, kat sini tak ada apa yang menarik. nak keluar pun malas-malasan. sebab kotor kan. kotor jangan cakaplah. tapi taklah bermakna semua tempat kotor. just, disebabkan environment begitu, saya kurang senang. dan sering sakit. baru setahun duduk sini, saya sudah ulang-alik hospital lebih 8 kali. doktor-doktor pun sayang saya lebih.okey itu tambahan saja. sangat tipu. pasal isu anti-malaysia. alhamdulillah, di Medan taklah seburuk di Jakarta. Menurut teman-teman disana, kat sana agak dingin.tatahulah dingin cemana sejuknya. tapi, pernah satu hari itu, saya keluar ke bandar berseorangan. berani kan,saya? keluar di tengah-tengah bandar medan seorang diri. percayalah, keluar pi bandar batu pahat pun tak pernah sorang-sorang.macam cool gila kan. pendek cerita, ada satu tempat tu, diorang tengah buat macam apa nak cakap? demo kot. demostrasi. diorang bakar bendera Malaysia depan-depan mata saya. masa tu saya dah cuak sangat. saya cek purse saya, halamak.ada kad pengenalan Malaysia. mati aku kalau diorang jumpa ni. saya pun buat-buat cool saja, dan menyamar sebagai orang Acheh. disini, diorang tak dapat bezakan orang Acheh ngan orang Malaysia.basically kita sama macam orang Acheh.entahlah apa yang samanya. sama cantik kot? Hee. main-main jelah. geli la tu. seriously, saya tak faham napa diorang menyampah sangat kat negara kita. isu-isu yang diperbesarkan pun macam isu budak sekolah je. pasal batik pun nak gaduh-gaduh sampai nak sapu-sapu rakyat kita. baik diorang wat kempen sapu sampah satu bandar. kan bersih. sudah,tanak mengumpat.tak baik tau.
sekarang cerita apa yang menarik kat sini.kat sini, makan best. walaupun tiada asam pedas yang menggoda, tidak ada sirap bandung, tidak ada ikan bakar macam kat umbai, tapi sini makan tetap first class. orang Medan, khususnya memang terkenal dengan kuat makannya. eh salah, diorang ni suka makan. tapi hairan, badan tetap maintain. saya? haa, jangan tanya berat saya. malulah saya. alah, saya tiada pula gambar-gambar makanan kat sini. tapi, memang bestlah. kat sini, shopping murah tau. setakat tshirt buat basahan duduk rumah tu, baru 15,000 rp. lebih kurang rm6.00. tu harga pasaran di mall-mall tau. tak mainlah pajak ikan (pajak tu pasar). cuma, fashion disini agak ketinggalan.semacam kau kembali zaman 80an. tapi, kalau pandai bergaya semuanya menjadi kan.lihatlah saya, elok je bergaya? ops salah. ni dah unsur angkat bakul sendiri.cukup, aiza.
dah.malas cerita lagi. nanti semua menjadi sangat jengkel dan annoy sebab saya dah tulis esei SPM okey. mari lihat gambar-gambar saya di sini. pictures are lies. pictures give thousand definition. pictures are .. sudah.
haa.kauorang faham ke apa maksud ni? jangan geli dulu. ini maksudnya, "bahagian andrologi & genetik, klinik pakar sakit tuan bahagian genetik" haha. seksi tu bahagian lah. bukan seksi yang tu tuh.ala yang tuh.tatau.tatau.
ini adalah gaya professional bekas pelajar TiGS 2002-2004 yang cemerlang di FK USU. cool gila kan? ni masa dalam lab histology. kitorang panggil kelas melukis & mewarna.sebab kena lukis sel pastu warna-warna.
ni namanya angkutan kota. kira semacam rapidKL, rapid Penang kat Malaysia. Nilah paling terbaik kat Medan. murah je. kalau setakat semacam TIGS-Summit tu, 40sen je. 1000rp. tapi! seram kau kalau naik ni. bercampur ngan orang-orang entah sapa-sapa.kes-kes pukau, curi,songlap banyak dalam ni. kalau nak suruh dia berhentikan tak ada butang loceng mcm bas liang hoe tu. kita kena jerit "minggirrrrrr.!!" nanti automatis, eh automatik van ni berhenti. cayalah pak. (aku tak penah naik pun.ahaha. ada motor ma)
kat sini, paling-paling murah adalah steak. kalau kat Malaysia paling-paling pun sepinggan seploh ringgit, kat tempat kitorang 10,000rp. RM4.00.okey tak? dah la sangat sedap.comfirm naik berat badan.
kitorang kat sini sangat jakun kalau ada promosi visit malaysia. semacam bangga gila bagai. semacam nak nyanyi negaraku kuat-kuat je atas stage tu. kitorang selalu men-capub kat event-event macam ni.kononnya mesra pelangganlah.padahal nak angkat diri sendiri. maksud saya, saja ja menyemak.
menyelerakan bukan? kat tempat saya terkenal dengan nasi Padang. memang sedap kau.
Merdeka Walk a.k.a AmWalk. semacam Bintang Walk kat Kuala Lumpur.Happening tapi tak sehapping kat BP Walk lah. Takde Orang Jual-jual Tudung.Tak Ada Sitam Sup Ekor. EHEHE
GreenHill, Berastagi. Semacam Genting Highland.Sejuk kau kat sini. bestlah jugak.tapi mahal-lah.tak ada duit
kat Medan ada kolam air panas pure dari gunung berapi. best. macam mengorbankan diri dalam oven. keluar-keluar dari kolam macam daging panas. merah belaka.
di perkampungan orang Batak di Danau Toba. Batak tu suku kaum utama kat sini. ganas wo. dulu-dulu diorang ni makan orang sebagai sajian utama. menakutkan.
maaflah kawan-kawan, panjang pula entry ni.macam semua menda nak cerita.syok sendirinya aku, kautahu nyah. maaf ya. nanti-nanti kita cerita lagi.bagi laluan orang lain pula. tulah, sebenarnya saya tak reti bercerita ni.tapi sekali kalau dah start bercerita tu, haa, macam nila gamaknya. salam 1Malaysia semua! (chewah..)